"Pertanian kelihatan sangat mudah apabila bajak anda adalah sebatang pensel dan anda berada beribu-ribu batu jauhnya daripada ladang jagung." Dwight D. Eisenhower
Dianggarkan bahawa menjelang 2050, penduduk dunia akan mencapai angka 9 bilion dengan 90 peratus pertumbuhan tersebut adalah di Afrika dan Asia. Oleh kerana itu, Redox mendapati salah satu cabaran utama di masa depan adalah produktiviti ladang dan seterusnya keselamatan makanan.
Itulah sebabnya di Redox, kami melakukan lebih daripada sekadar perdagangan biasa, kami mengambil masa untuk memahami pasaran di mana kami beroperasi dan mengambil bekerja pakar agronomi untuk membantu memberi bimbingan dan nasihat kepada pelanggan kami, membolehkan mereka memaksimumkan pengeluaran dan meningkatkan kualiti di samping mengurangkan kebergantungan terhadap sumber yang sukar diperoleh.
Kecekapan skala kami membantu kami menjimatkan kos sementara rangkaian kami yang luas menawarkan penyelesaian 'kedai sehenti' kepada pelanggan termasuk elemen makro dan mikro berkualiti, bahan galian, pembaik tanah dan medium pertumbuhan.
Kami juga berintegrasi penuh dalam sektor Perlindungan Tanaman dengan pelbagai ramuan racun herba, racun kulat dan adjuvan.