Langkau ke Kandungan Langkau ke Navigasi

Pasaran

Kami tahu dan memahami perkara yang penting bagi anda.

Redox bermula secara kecil-kecilan dan telah berkembang menjadi salah sebuah pengedar bahan kimia dan ramuan yang terkemuka di dunia.

Kami seterusnya berkembang sedikit demi sedikit dan membuat pelaburan semula ke atas kemudahan dan kakitangan, menerokai sektor industri baharu dan pasaran baharu.

Di samping itu, kami menyediakan produk dalam pelbagai pasaran daripada kesihatan dan nutrisi haiwan sehinggalah rawatan air, dengan pasukan khusus yang dilantik bagi setiap segmen yang mempunyai pengalaman, ilmu dan pengetahuan teknikal untuk membantu anda menemui kelebihan persaingan.

Dengan sistem kami yang inovatif, rangkaian logistik yang meluas, pakar industri tanpa saingan dan perkhidmatan pelanggan yang diperibadikan, Redox menjadi sebuah syarikat yang dinamik dan bersifat keusahawanan.

Kami ingin mengadakan usaha sama dengan pelanggan dan pembekal di mana kita berkongsi nilai dan matlamat sama yang diselaraskan bagi kepentingan bersama. Hubungan kami adalah terbuka, inovatif dan berdasarkan kerja berpasukan.