Langkau ke Kandungan Langkau ke Navigasi

Mengenai Redox

Redox bermula secara kecil-kecilan dan telah berkembang menjadi salah sebuah pengedar bahan kimia dan ramuan yang terkemuka di dunia.

Ketika beliau pertama kali tiba di Australia, Roland sudahpun bergelar ahli perniagaan yang sangat berjaya. Hasil kerja keras dan ketekunan beliau, syarikat ini terus menempa kejayaan sehingga ke hari ini. Ketika menubuhkan Redox pada tahun 1965, beliau menggunakan rangkaian hubungan peribadi dan kenalan yang luas di seluruh Eropah Timur untuk membina sebuah perniagaan yang berkembang maju, menghubungkan antara benua ketika jarak menyebabkan kesukaran berkomunikasi.

Keupayaan untuk bertutur dalam pelbagai bahasa membolehkan beliau membina rangkaian dan menemui pembekal-pembekal baharu dan menarik dari seluruh dunia. Beliau memberikan produk yang berkualiti dan mampu milik kepada pelanggan yang ketika itu sudah tentu sangat menghargai dedikasi beliau dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

Beliau dikenali dalam dunia kimia sebagai seorang yang sentiasa bekerja keras dalam usaha untuk mendapatkan pilihan terbaik bagi pelanggan dan pembekal, beliau mempunyai kebolehan untuk mencari peluang ketika orang lain mungkin sudah lama berputus asa.

Beliau bersara pada tahun 2015 selepas memimpin Redox selama 50 tahun dan meninggal dunia pada tahun 2017. Budaya syarikat kini tertanam bersama etos beliau yang tersendiri.

Roland Coneliano Pengasas kami

1928 2017

Pengarah

Ian H Campbell Pengarah Urusan

Robert terkenal sebagai seorang pemimpin yang logik dan berwawasan dengan akumen perniagaan berharga dalam menyelia setiap aspek perniagaan, hasil daripada pengalaman selama 48 tahun di Redox. Di bawah bimbingannya, Redox telah berkembang dan dimodenkan dalam semua aspek operasi melalui penggunaan sistem, prosedur dan pemiawaian.

Raimond Coneliano Pengarah / Pengurus Pemasaran

Renato menyertai syarikat pada tahun 1980 dan mula mengembara pada tahun 1985. Sejak daripada itu, beliau telah berulang-alik sebanyak lebih daripada 60 kali di mana kebanyakannya melibatkan negara China. Sebagai Pengurus Pemasaran, beliau mengawal proses Pengurusan Produk di Redox, mengawal kedudukan pembuka, mengurangkan risiko dan memastikan Redox mempunyai maklumat pasaran yang menambah nilai pada rantaian bekalan. Dengan memberi tumpuan kepada mendapatkan agensi baharu, beliau memudahkan dan membantu kakitangan pemasaran dalam mencari rakan niaga bekalan yang berkongsi nilai dan matlamat yang sama untuk memperoleh manfaat bersama.
Read More

Renato Coneliano Pengarah / Pengurus Jualan

Richard Coneliano Pengarah Bukan Eksekutif

Richard menyertai Redox pada tahun 1995, memimpin pembangunan sistem Redebiz Enterprise Resource Planning (ERP) dan memandu pelaksanaan pelbagai inovasi IT dan telekomunikasi yang membolehkan syarikat berkembang pesat. Richard merupakan seorang pakar dalam penambahbaikan proses dan gaya komunikasi yang menarik.

Malcolm Perrins Pengarah / Pengurus Logistik

Mula bertugas dengan Redox pada tahun 1983, Malcolm telah memimpin perkembangan salah satu fungsi yang paling penting dalam Redox iaitu pergudangan dan logistik. Beliau mempunyai tanggungjawab yang luas dan kepakaran dalam memastikan Redox memiliki gudang yang paling efisien dan kadar penghantaran yang paling kompetitif.

Executive Management Team

Panduan kami

Misi

Untuk menyediakan industri dengan bahan mentah yang berkualiti dan berpatutan, disampaikan melalui perkhidmatan yang diperibadikan.

Visi

Untuk membangunkan rangkaian pelanggan dan pembekal untuk sama-sama menghasilkan nilai berkekalan.

Nilai

Kepimpinan: Kami memiliki daya keusahawanan dan menghargai penambaikan yang berterusan.

Integriti: Kami membentuk perhubungan terbuka dan jujur berdasarkan rasa percaya.

Kerja keras: Kami berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat.

Pengetahuan: Kami tahu dan memahami pasaran kami.

Perkhidmatan: Kami beroperasi dengan sikap kesegeraan dan disiplin.

Kesihatan & Keselamatan: Kami memberi tumpuan terhadap keselamatan pekerja dan komuniti kami.

Sejarah

Redox bermula secara kecil-kecilan dan telah berkembang menjadi salah sebuah pengedar bahan kimia dan ramuan yang terkemuka di dunia.

Korporat

Redox menjana jualan $704.934 juta pada tahun kewangan 2019; meningkat hampir 8% daripada tahun sebelumnya.

Tanggungjawab Sosial Korporat

Di Redox, Tanggungjawab Sosial Korporat adalah tentang kepimpinan perniagaan yang bertanggungjawab. Ia mempengaruhi cara perniagaan dijalankan, interaksi dengan pihak berkepentingan dan nilai yang disumbangkan kepada masyarakat.

Kualiti

Redox telah mewujudkan hubungan dinamik yang kuat dengan pelanggan dan pembekal kerana komitmennya terhadap jaminan kualiti.

Logistik

Redox telah mengekalkan rekod prestasi yang sempurna dalam logistik.